Laman Utama

Sejarah dan Latar Belakang

Pasukan kami terdiri daripada ahli akademik yang bekerjasama rapat dengan NGO Malaysian Against Pornography (MAP) dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai ketagihan pornografi serta kesan psiko-sosial, kesihatan seksual dan impak negatifnya dalam pelbagai aspek kehidupan. Ketagihan pornografi mempunyai banyak persamaan dengan ketagihan dadah, apabila terlibat, amat sukar bagi penagih untuk berhenti. Kebanyakan pelajar yang meminta bantuan daripada aktivis MAP terlibat dengan isu pornografi secara tidak sengaja, mereka terperangkap, dan menghadapi kesukaran untuk berhenti. Ketagihan telah membawa mereka kepada tekanan psikologi dan tingkah laku seksual yang berisiko. Audit data yang tidak diterbitkan daripada tinjauan yang dijalankan semasa program pendidikan MAP di kalangan pelajar universiti, sekolah dan masyarakat mendedahkan bilangan mereka yang terdedah dan terjebak dengan aktiviti pornografi ini adalah amat membimbangkan. Berikutan dengan itu, MAP di Kuantan telah digerakkan dengan penglibatan pensyarah-pensyarah perubatan yang berpengalaman dan ahli psikologi klinikal yang mempunyai pengalaman cuba membantu bagi menangani isu ini dengan bekerjasama dengan pelbagai sektor agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan juga sekolah.

Soalan - Soalan Umum

Bagaimana MAP menyampaikan kesedaran tentang bahaya pornografi?

A: Ibu-bapa, guru-guru, remaja, pelajar-pelajar sekolah,
kanak-kanak dll.

A: Dengan memberi ceramah, latihan dalam kumpulan, pameran,
forum juga aktiviti-aktiviti advokasi ke sekolah-sekolah sekitar
Pahang, program-program keibu-bapaan, kerjasama dengan
Jabatan Pembangunan Wanita Negeri, LPPKN, Jabatan-jabatan
Kerajaan, NGO juga NGI lainnya.