Setiap modul akan diikuti dengan LDK, jika masa yang diberikan mencukupi. LDK adalah perlu bagi memastikan objektif penyampaian benar-benar difahami pelajar. Namun LDK adalah agak sukar dilaksanakan sekiranya melibatkan jumlah pelajar yang besar. Pengasingan pelajar lelaki juga perempuan adalah perlu untuk sesetengah modul, ini bagi membolehkan fasilitator berbicara dengan lebih jelas isu-isu yang melibatkan perbezaan jantina.