Ibu Bapa Memantau Kesihatan Seksual, Reproduktif dan Sosial Anak-Anak (IMPRESS)

Pengenalan

Program IMPRESS (Ibu Bapa Memantau Pendidikan Reproduksi, Seksual dan Sosial Anak-anak) merupakan modul pembangunan pendidikan seksual, kesan pornografi dan keselamatan internet untuk ibu bapa dan anak-anak ini telah disusun oleh Malaysians Against Pornography (MAP). Program ini dilaksanakan dengan objektif berikut:

 

  1. Memberi penerangan tentang kepentingan pendidikan seksual pada keluarga dan langkah-langkah mengajar pendidikan seksual pada anak-anak menurut peringkat umur.
  2. Memberi pendedahan tentang ruang peribadi yang harus dilindungi dan langkah-langkah yang perlu diambil apabila ruang peribadi ini dicerobohi.
  3. Memberi pendedahan tentang ancaman dunia siber dan pornografi serta langkah-langkah intervensi awal yang perlu diambil bagi membendung masalah ketagihan.
  4. Memberi penerangan tentang pentingnya mencegah ancaman pornografi ini di kalangan masyarakat dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh sesuatu komuniti bagi menangani masalah ini secara kolektif.

Pelaksanaan Program

Program IMPRESS pernah dilaksanakan oleh MAP Pahang. Ia telah berlangsung selama 2 minggu dan telah dijayakan oleh ahli jawatan kuasa yang ditubuhkan dari kalangan aktivis IKRAM & MAP Pahang. Berikut adalah maklumat perjalanan program yang telah bermula seawal Ogos 2021 sehingga minggu pertama Oktober 2021:

24 Julai 2021: Hebahan program dan pencarian peserta bermula. Pendaftaran program dibuka.
26 Ogos 2021: Group Whatsapp peserta mengikut kawasan mula digunakan sebagai medium komunikasi antara JK pelaksana dan peserta
29 Ogos 2021 : Facebook IMPRESS Pahang dibuka sebagai medium informasi tambahan kepada peserta dimana video-video modul dan makluman mengenai tugasan akan diberikan semasa program berlangsung.
2 September 2021; Penyediaan kit IMPRESS
4 September 2021: Penyerahan Kit IMPRESS kepada semua peserta melalui penghantaran oleh JK pelaksana dan juga pos (bagi peserta yang jauh seperti Chini, Muadzam, KL)
11 - 25 September 2021: Program berlangsung secara atas talian menggunakan medium Google Meet bagi sesi penyampaian modul.
26 September 2021: Majlis graduasi IMPRESS Pahang 2021 dijalankan melalui GMeet di mana peserta diraikan dengan resolusi program serta pengumuman pemenang peserta terbaik.
30 September – 5 Oktober 2021: Penyerahan hadiah kepada semua peserta yang berjaya melengkapkan tugasan dan juga hadir ke program IMPRESS secara atas talian.

Galeri

Kesimpulan

Keseluruhan rakaman video program dan perjalanan program boleh diperolehi di group FB IMPRESS Pahang (https://www.facebook.com/groups/impressphg), juga majlis graduasi IMPRESS. 

Ringkasan Video IMPRESS